Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Ikut Langkah Apple, Perkenal Podcast Berbayar

Spotify Ikut Langkah Apple, Perkenal Podcast Berbayar

Diterbitkan April 30, 2021 oleh Wiser MY

Selepas pengenalan ciri langganan di aplikasi Podcast oleh Apple minggu ini, Spotify juga mengenalkan ciri langganan podcast di platform mereka.

Pencipta kreatif kini boleh membuat pendapatan melalui langganan podcast berbayar.

Spotify Ikut Langkah Apple, Perkenal Podcast Berbayar
Pelanggan premium podcast perlu daftar aplikasi Anchor

Mulai semalam, podcasters di Spotify sudah boleh mengenakan caj kepada pendengar untuk kandungan mereka menggunakan aplikasi Anchor oleh Spotify.

Dengan aplikasi tersebut, podcasters boleh menanda episod tertentu untuk di dengar pelanggan berbayar sahaja sebelum diterbitkan ke Spotify atau platform-platform lain.

Podcasters akan menerima bayaran 100% daripada keuntungan yang dibuat melalui langganan berbayar selama dua tahun. Namun, bermula tahun 2023 Spotify akan mengambil yuran sebanyak 5%.

Kadar caj yang boleh dikenakan untuk akses kandungan eksklusif adalah daripada $2.99, $4.99, dan $7.99 setiap bulan.

Selain bertujuan membantu pencipta kreatif membuat pendapatan, ini jelas menunjukkan usaha menggalakkan pencipta memilih Spotify berbanding Apple bagi langganan podcast berbayar.

Sumber: xda-developers

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY