Spotify Cecah Angka 60 Juta Pengguna Berbayar

Berdasarkan laporan dari laman Mashable, perkhidmatan penstriman muzik popular, Spotify, kini sudah mencecah 60 juta pengguna berbayar.

Pada bulan Mac yang lalu, syarikat telah mengumumkan 50 juta pengguna berbayar dan selepas 3 bulan peningkatan yang agak ketara dicatatkan. Jika ditambah dengan jumlah pengguna yang mendengar dengan sokongan tanpa iklan, Spotify mendominasi pasaran dengan 140 juta pengguna seluruh dunia.

Sementara itu, Apple Music merekodkan sebanyak 27 juta pengguna berbayar setakat bulan Jun yang lalu.

Turut dilaporkan, Spotify bakal disenaraikan dalam Saham Terbitan Awam (IPO) yang mana pegangan akan dibuka untuk awam. Ia bertujuan untuk mengembangkan lagi syarikat pada masa hadapan.

Sumber: Mashable