Spotify Adakan Promosi Pelan Premium Serendah RM2 Untuk Langganan Kali Pertama

Bersempena dengan musim cuti yang semakin hampir ini, Spotify kembali dengan tawaran tempoh terhad untuk pengguna baru dan sedia ada.

Promosi ini melibatkan pelan premium. membolehkan anda menikmati jutaan lagu tanpa gangguan iklan dan dilengkapi dengan audio berkualiti tinggi.

Menghidangkan dua tawaran promosi iaitu...

  • Pengguna Spotify Premium kali pertama boleh menerima langganan selama tiga bulan pada harga RM2 sahaja. Lihat syarat penuh di sini.

  • Pengguna Spotify Premium yang membatalkan akaun Premium mereka sebelum 16 Oktober 2018 pula boleh menerima langganan selama tiga bulan pada harga langganan satu bulan sahaja: RM14.90. Lihat syarat penuh di sini.


Tawaran tempoh terhad ini sah untuk mereka yang mendaftar antara 16 November hingga 31 Disember 2018.