Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spigen Memperlihatkan Rekaan Sarung Pelindung Pocophone F2

Spigen Memperlihatkan Rekaan Sarung Pelindung Pocophone F2

Diterbitkan November 7, 2019 · Dikemas kini November 8, 2019 oleh irfan suhaimee

Sebut sahaja nama Pocophone F1, pasti ramai sudah mengenali akan peranti keluaran Xiaomi yang mendapat sambutan luar biasa peminat pada tahun lalu, terutama sekali di pasaran India dan negara Asia Tenggara lain.

Spigen Memperlihatkan Rekaan Sarung Pelindung Pocophone F2

Peranti yang digelar “flagship killer” itu mendapat pujian dari sebahagian pengulas gajet terkenal seperti mrwhosetheboss, unbox therapy dan dianugerahkan sebagai telefon bajet terbaik 2018 oleh MKBHD.

Spigen Memperlihatkan Rekaan Sarung Pelindung Pocophone F2

Tatkala masih tiada lagi khabar berita sama ada akan munculnya generasi kedua, satu sumber telah melaporkan, pengeluar sarung pelindung peranti terkenal, Spigen telah memperlihatkan sarung pelindung dengan melabelnya sebagai Pocophone F2. Jika dilihat pada gambar yang dimuatnaik oleh Spigen, Pocophone F2 bakal mempunyai reka bentuk seperti Xiaomi Mi 9T dan Mi 9T Pro dengan rekaan skrin penuh dan mempunyai sistem kamera hadapan terangkat. Pada bahagian belakang peranti pula dilihat ia mempunyai rekaan kamera disusun menegak di bahagian tengah.

Awal tahun ini, telah tersebar di kebanyakan media sosial mengenai kemunculan Pocophone F2, tetapi sebaliknya Xiaomi K20 Pro yang dilancarkan. Setakat ini, pihak Xiaomi masih belum memberi sebarang tanda kemunculan Pocophone F2 dan sama-sama kita nantikan adakah model ini akan diperkenalkan atau tidak.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY