Spider-Man Remastered Versi PC Lancar 12 Ogos, Ini Spesifikasi Yang Diperlukan

Sony mendedahkan permainan Spider-Man Remastered versi PC akan dikeluarkan di Steam dan Epic Games pada 12 Ogos 2022.

Berharga RM249, pra-pembelian kini tersedia pada dua platform PC itu, dengan pratempahan secara automatik menawarkan tiga sut Spider-Man, Spider-Drone, dan lima bonus skill point.

Memandangkan ini adalah versi remastered, semua DLC daripada kempen City Never Sleeps akan disertakan bersama-sama dengan visual dan kadar bingkai yang ditingkatkan.

PlayStation turut mengatakan Spider-Man: Miles Morales akan tersedia untuk PC pada masa akan datang.

spider-man remastered

Menurut PlayStation, controller PS5 DualSense akan disokong bersama-sama dengan kawalan tetikus dan papan kekunci PC tradisional, yang akan menawarkan pilihan pemetaan semula yang banyak tersedia, dan permainan ini juga akan menawarkan pelbagai ciri kebolehaksesan.

Simpanan dan pencapaian awan (cloud) juga ditawarkan sepenuhnya dalam versi Steam dan Epic Games Store.

Dalam pada itu juga, Insomniac Games dan Nixxes Software telah cuba menjadikan Spider-Man Remastered boleh dimainkan pada seberapa banyak  mungkin pada platform PC.

Berikut ialah spesifikasi PC yang diperlukan untuk permainan ini:

spider-man remastered

Sumber: PlayStation