Sphero Datang Dengan Robot BB-8 Dari Star Wars:The Force Awakens







Sphero BB-8 telah menjadi rembutan hangat bagi peminat Star Wars apabila ianya di pamerkan tahun lepas. Syarikat tersebut juga telah memperkenalkan edisi droid "Battle Worn" semasa di IFA 2016 dengan ciri rekaan yang seakan pudar untuk lebih mendekati watak dari  Star Wars: The Force Awakens secara lebih realistik



Bersama rekaan berbentuk bola, Sphero juga telah memperkenalkan versi Force Band, yang berupaya untuk mengawal BB-8 dengan hanya melambai tangan. Peranti tersebut yang boleh dipakai di pergelangan tangan juga boleh digunakan untuk mengawal siri robot dari Sphero iaitu SPRK+ dan Ollie.