Spesifikasi Xbox Series S Didedahkan, 4 Kali Lebih Berkuasa Dari Xbox One

Microsoft sebelum ini telah mendedahkan harga Xbox Series S, namun tidak berkongsi dengan lebih lanjut mengenai spesifikasi konsol tersebut. Kini, syarikat itu telah mendedahkan spesifikasi utama konsol Xbox Series S.

Spesifikasi Xbox Series S

Xbox Series S merupakan varian Xbox dengan menyasarkan pengalaman main 1440p pada 120fps. Sama seperti Series X, kuasa pemprosesan Series S menerusi 8 teras CPU AMD Zen 2 adalah 4 kali lebih berkuasa berbanding model Xbox One.

Spesifikasi Xbox Series S

Prestasi kuasa grafik (GPU) Series S sedikit rendah dengan mencecah 4 teraflop berbanding 12 teraflop bagi Series X. Ia juga mempunyai storan 512GB PCIe Gen 4 NVME SSD serta menyokong penambahan storan sehingga 1TB melalui Seagate Storage Expansion Card.

Spesifikasi Xbox Series S

Xbox Series S turut menyokong ciri DirectX raytracing, variable rate shading, main balik media 4K dan sebagainya. Ia hadir dengan memori RAM 10GB GDDR6 pada 224Gbps.

https://www.youtube.com/watch?v=fYtJWIxt3-M&has_verified=1

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Xbox Series S diletakkan pada harga $299 (~RM1,246) dan akan dilancarkan bersama Xbox Series X pada 10 November 2020.

Sumber: Xbox