Spesifikasi Tiga Kamera Utama Samsung Galaxy S10+ Tertiris

Samsung kini dipercayai sedang membangunkan model premium Samsung Galaxy S10+ dengan lima lensa kamera - tiga kamera utama dan dua kamera swafoto. Berkaitan perkara itu, spesifikasi lensa bagi tiga lensa kamera utamanya telah pun tertiris di laman Twitter baru-baru ini.

https://twitter.com/claud_yau/status/1047012907156942848

Kredit : @claud_yau


Menurut laman SamMobile, ini adalah kali kedua spesifikasi kamera yang sama dikaitkan dengan model Galaxy S10+ ini. Malah peranti ini juga akan mempunyai kebolehan untuk melaraskan bukaan lensa utama 12MP di antara f/1.5 ke f/2.4 mengikut kesesuaian pengguna.

Tambahan pula, lensa kedua bagi kamera utama peranti ini dilaporkan akan mempunyai medan pandang super-luas dengan sudut sehingga 123-darjah. Selain itu, lensa ketiga 13MP pula dipercayai akan digunakan sebagai lensa telefoto.

Samsung Galaxy S9 (Kredit : Trusted Reviews)


Selain Galaxy S10+, Samsung dipercayai akan turut memperkenalkan dua lagi model iaitu S10 serta sebuah S10 yang lebih mampu milik(kami gelarkan sebagai S10 Lite dahulu). S10 Lite dikatakan akan hadir dengan kamera utama berlensa tunggal manakala S10 pula akan mempunyai dwi-kamera utama.


Siri Samsung Galaxy S10 ini dijangka hanya akan diperkenalkan pada suku pertama tahun hadapan. Maka, lebih banyak lagi perkembangan dan maklumat yang kita akan dengari mengenai peranti ini di bulan-bulan mendatang.


 

 

Sumber