Melihat kepada imej acah yang tertera pada jemputan acara pelancaran, telefon pintar ini memfokuskan kepada "telefon permainan" dengan membawakan skrin paparan IGZO bersaiz 5.72 inci. Imej senarai spesifikasi telefon ini turut tertiris di laman Reddit seperti yang anda boleh lihat dibawah.
Dikhabarkan, telefon pintar ini akan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 835. Bakal dijana dengan RAM 8GB, ia menunjukkan Razer benar-benar mahu membawakan pengalaman permainan yang berkualiti ke dalam telefon pintar berkenaan. Disamping itu juga, ia bakal dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4ooomAh dengan keupayaan pengecasan pantas dari teknologi Qualcomm Quick Charge 4+.
Dibahagian kamera pula, ia dipasang dengan sistem dwi kamera 12MP untuk sensor sudut luas dan 13MP bagi sensor zoom. Turut disertakan adalah sensori aperture f/1.75. Harga peranti ini mungkin mencecah ~$786 (~RM3327.10).
Apa-apa pun mari kita tunggu pelancaran peranti ini untuk maklumat rasmi.
Sumber: Reddit via Gizmochina
Berkaitan
- Kirin 1020 Dikatakan Hampir 50% Lebih Prestasi Berbanding Kirin 990 5G
- Huawei Pasarkan 153 Juta Unit Telefon Pintar Sepanjang 2017
- Beberapa Pengedar Dikatakan Memboikot Produk Digi
- Kenapa Guna Nama Galaxy S20 Dan Bukannya S11? Ini Jawapan Diberikan Samsung
- Apple AirPods Studio Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi
- Moto G5 Plus Dilancar 29 Mei Ini Bagi Pasaran Tempatan
- Blizzard Akan Tawar Permainan Diablo Untuk Android Dan iOS
- Daftar Pelan redONE SMART68 Dan Dapatkan Vivo Y91C Secara Percuma
- Pos Malaysia Mula Guna E-Nota Konsainan Bermula 17 Ogos Ini
- Bocoran Video Mi Mix 2S Memperlihatkan Ciri Sentuhan Seakan iPhone X