Spesifikasi Redmi Note 7 Pro Didedahkan, Tampil Dengan Tiga Pilihan Variasi

Anak syarikat Xiaomi, Redmi dijangka akan memperkenalkan model kedua mereka, Redmi Note 7 Pro dalam tempoh beberapa hari lagi.

Menjelang hari pelancarannya, maklumat mengenai spesifikasi peranti tersebut didakwa telah tertiris secara atas talian.


MySmartPrice


Menurut lampiran spesifikasi di atas, Note 7 Pro ini berkemungkinan akan ditawarkan dalam tiga pilihan variasi iaitu 3GB/4GB/6GB RAM.

Seperti dijangka, ia bakal dilengkapi dengan kamera utama dwi-lensa Sony IMX586 48MP serta lensa kedua 13MP.

Dari segi bateri pula, peranti ini dikatakan akan dijana dengan bateri berkapasiti 3,900mAh.

Bagaimanapun, melihat kepada spesifikasi CPU dilampiran diatas, peranti ini mungkin akan dibekalkan dengan cip Snapdragon 660 dan bukannya Snapdragon 675 seperti dilaporkan sebelum ini.



Sebelum ini, rekaan Redmi Note 7 Pro telah didedahkan dan ia kelihatan sama dengan Redmi Note 7.

Peranti ini dijadual bakal dilancarkan pada 28 Februari ini di India, manakala tarikh untuk pelancarannya di China masih belum diumumkan setakat ini.

 

Sumber: MySmartPrice