Terbaru, spesifikasi Pixel 4a 5G pula diperlihatkan melalui laman WinFuture. Sama seperti Pixel 4a, ia merupakan peranti kelas pertengahan dengan bahan binaan plastik polikarbonat bagi menjimatkan kos pembuatan.
Pixel 4a 5G mempunyai skrin paparan lebih besar dengan saiz 6.2 inci OLED dan resolusi Full HD+. Berbanding Pixel 5, telefon pintar ini hanya mempunyai perlindungan Gorilla Glass 3 serta dijana cip Snapdragon 765G yang hanya dipadankan dengan RAM 6GB.
Ia hadir dengan sokongan HDR dan imbasan cap jari di bahagian belakang. Terdapat cip sekuriti Titan M untuk ciri keselamatan dan juga penyulitan data.
Untuk kamera, sama sahaja seperti yang dimuatkan pada Pixel 5. Ia menggunakan tetapan kamera dengan 12.2MP utama dan 16MP sudut lebar. Kamera swafoto pula dimuatkan dengan sensor 8MP. Peranti ini turut mempunyai kemampuan merekod pada 1080p 240fps atau 4K 60fps manakala swafoto pula sehingga 1080p 30fps.
Antara lain-lain yang dimuatkan pada Pixel 4a 5G adalah Android 11, penarafan IP68, bicu audio 3.5mm, pembesar suara stereo serta pengecasan pantas 18W menerusi port USB-C. Peranti ini hanya dilengkapi bateri berkapasiti 3885mAh.
Untuk maklumat lebih rasmi mengenai peranti Pixel 4a 5G yang akan diumumkan bersama Pixel 5, nantikan acara pelancaran pada 30 September ini.
Sumber: WinFuture
Berkaitan
- Google Umum Acara Pelancaran Pixel 8 Pada 4 Oktober
- Digital Nasional Berhad Akan Dikawal Selia Oleh MCMC Untuk Pelaksanaan Infrastruktur Dan Rangkaian 5G
- Malaysia Akan Lancarkan Makmal Ujian Keselamatan Siber 5G Pertama Di Asia Tenggara
- Peranti OnePlus Akan Datang Bakal Hadir Dengan Sokongan 5G
- MNO Berpotensi Jimat RM30 Bilion Dengan Rangkaian Borong Tunggal 5G DNB - Tengku Zafrul
- Redmi Note 10s Dan Redmi Note 10 5G Turut Diumumkan
- Lesen Huawei Tamat, Apa Nasib Peranti Huawei Dengan Perkhidmatan Google?
- Siri realme 12 Pro 5G Dilancarkan Dengan 64MP Kamera Periskop
- Yes 5G Secara Rasmi Sokong iPhone XS Dan Terbaharu Dengan iOS 17.1
- Google: Pengeluar Android Lambat Keluarkan Kemas Kini Keselamatan