Spesifikasi Peranti Kelas Pertengahan OPPO A92s Didedahkan, Gunakan Paparan 120Hz

Semalam, OPPO telah melancarkan OPPO Ace2 5G di China. Kini, syarikat itu turut dijangka akan mengumumkan peranti kelas pertengahan yang dipanggil OPPO A92s dalam beberapa minggu lagi.

Spesifikasi utama dan harga peranti ini telah muncul dalam laporan terkini. Hari ini, peranti OPPO A92s dengan nombor model PDKM00 muncul dengan keseluruhan spesifikasi di pangkalan data telekomunikasi TENAA.

Spesifikasi OPPO A92s


Berdasarkan pangkalan data TENAA, OPPO A92s dijangka hadir dengan tiga warna iaitu hitam, putih dan merah jambu. Peranti ini mempunyai berat 184gram dengan dimensi 163.8 x 75.5 x 8.1mm.

Melalui imej yang didedahkan, A92s dilengkapi dengan skrin dwi-punch hole dan paparan skrin 6.57 inci. Mempunyai panel IPS LCD, peranti ini menawarkan HD penuh dengan resolusi 1080 x 2400 serta nisbah 20:9. Laporan terkini turut mendedahkan A92s merupakan siri A pertama yang akan menyokong kadar segar 120Hz dan dijana cip Mediatek Dimensity 800 5G.

OPPO A92S

Dengan panel kamera yang berbentuk petak, peranti ini dikatakan mempunyai kamera utama 48MP, kamera sudut luas 8MP dan dua sensor 2MP. Kamera hadapan pula menawarkan 16MP+2MP dwi-kamera.

Selain itu, OPPO A92s mempunyai sokongan bateri 4880mAh dan mungkin hadir tanpa sokongan pengecasan pantas. Antara fungsi lain termasuk mempunyai sisi tepi imbasan cap jari, slot kad mikroSD dan menjalankan sistem operasi Android 10. Ia mungkin hadir dengan konfigurasi 6GB hingga 12GB RAM dengan storan dalaman 128GB dan 256GB.

Bagaimanapun, segala fungsi yang telah didedahkan ini kekal sebagai ura-ura sebelum ia diumumkan secara rasmi.

Sumber: GizmoChina