Spesifikasi Penuh vivo iQOO Tersenarai Di TENAA, Bakal Diperkenalkan Pada 1 Mac

Sub-jenama terbaru daripada vivo, iQOO bakal melancarkan model pertama mereka pada 1 Mac ini.

Sehubungan dengan itu, spesifikasi penuh peranti tersebut telah pun tersenarai di laman TENAA baru-baru ini.

Disenaraikan dibawah kod nama vivo V1824BA dan vivo V1824A, ia berkemungkinan besar akan dilancarkan dalam dua variasi berbeza iaitu 128GB ROM dan 256GB ROM.

Bagi variasi 128GB, ia dikatakan akan hanya tersedia bersama sokongan memori 6GB RAM manakala vergi 256GB pula akan ditawarkan dengan memori sebesar 8GB RAM dan 12GB RAM.

Kapsyen: iQOO/WEIBO


Model tersebut akan hadir dengan cip Snapdragon 855 dan panel skrin 6.41-inci AMOLED beresolusi FHD+.

Untuk fotografi pula, vivo iQOO bakal dilengkapi tetapan tri-kamera utama(13 MP + 12 MP + 2 MP) serta kamera swafoto berlensa 12MP.

Ia juga dikatakan bakal dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3,920mAh dan menyokong pengecasan pantas 44W.

Melihat kepada spesifikasi peranti ini, ia dijangka akan menarik minat ramai pengguna tanpa sebarang masalah, sekiranya harga yang ditawarkan tidak terlalu tinggi.

 

Sumber: TENAA 1   TENAA 2 via TechANDROIDS

Berkaitan