Spesifikasi Penuh Siri Samsung Galaxy S10 Didakwa Tertiris

Menjelang acara "Samsung Unpacked" yang akan dianjurkan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 20 Februari ini, satu lampiran yang didakwa mengandungi spesifikasi penuh siri Galaxy S10 didakwa telah tertiris.

Menurut lampiran di bawah, model Beyond2 dipercayai Galaxy S10+, Beyond 1(Galaxy S10) manakala Beyond0 adalah Galaxy S10e.


Kredit: GSMArena


Galaxy S10+ dikatakan mempunyai saiz yang terbesar iaitu 6.3-inci, sambil Galaxy S10 pula bersaiz 6.1-inci serta skrin 5.8-inci pula akan melengkapi model Galaxy S10e.

Ciri skrin pada Galaxy S10+ dan S10 adalah sama iaitu dilindungi Corning Gorilla Glass 6 dan pengimbas cap jari dalam skrin. Bagi model S10e pula, ia dilapisi oleh Gorilla Glass 5 serta sensor imbasan cap jarinya pula terletak dibahagian sisi peranti.

Ketiga-tiga model hari dengan skrin Dynamic AMOLED HDR+ serta fungsi pengesanan wajah.

Sistem kamera utama Galaxy S10+ dan S10 juga adalah sama iaitu 12MP f/2.4 telefoto + 12MP f/1.5 sudut lebar + 16MP f/2.2 sudut ultra-lebar, manakala Galaxy S10e pula disokong dengan kamera utama 12MP f/1.5 sudut lebarĀ + 16MP f/2.2 sudut ultra-lebar.

Kapsyen: Leak


Untuk kamera swafoto pula, hanya model S10+ sahaja mengguna sistem dwi-kamera 10MP + 8MP, sambil S10 dan S10e menggunakan kamera 10MP lensa tunggal.

Bateri yang akan menguasakan siri Galaxy S10 ini adalah berkapasiti 4,100mAh(S10+), 3,400mAh(S10) dan 3,100mAh(S10e). Ketiga-tiga model akan dikuasakan dengan cip Exynos 9820/Snapdragon 855.

Kesemua model ditawarkan dengan warna Prism White, Prism Green dan Prism Black. Warna istimewa Ceramic Black dan Ceramic White akan tersedia bagi model 1TB Galaxy S10+, manakala Canary Yellow pula hanya ditawarkan bagi Galaxy S10e.

 

Sumber: Android Authority