Spesifikasi OPPO R11s Terlihat Di Antutu - Gabungan Dua Lensa 20MP

Jika OPPO R11 dilengkapi dengan kombinasi lensa 20MP dan 16MP, kini model baru OPPO R11s dikhabarkan bakal  menggabungkan dua lensa 20MP bagi sistem kameranya.

Ia adalah berdasarkan informasi yang dilihat terdapat pada Antutu dan seperti kebanyakkan telefon yang keluar pada tahun ini, R11s hadir dengan nisbah paparan 18:9 beserta resolusi skrin 2,160 x 1,080p.



Selain daripada itu, spesifikasi utama lain turut kelihatan pada senarai itu seperti cip pemprosesan Snapdragon 660, unit pemprosesan grafik Adreno 512, RAM 4GB, memori dalaman 64GB serta ia akan beroperasi dengan Android Nougat 7.1.1.



OPPO R11s dijangka akan dilancarkan di China pada 2 November depan dan belum dapat dipastikan lagi bila ia akan menembusi pasaran Malaysia.

Sumber: Antutu