Spesifikasi OnePlus 6T Terdedah, Hadir Dengan Pengecasan DASH Yang Lebih Pantas

Seperti yang kita tahu, OnePlus akan memperkenalkan dua peranti kelas perdana setiap tahun, di mana model biasa akan dilancarkan pada separuh pertama setiap tahun dan model naik-taraf pula akan dilancarkan pada separuh yang kedua.

Dengan itu, menjelang pelancaran OnePlus 6T yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi, pelbagai informasi mengenai spesifikasinya telah tertiris baru-baru ini. Ini berikutan beberapa imej kotak peranti berkenaan dikatakan telah tertiris di dunia internet.

Kredit : Slashleaks


Sebelum ini, kami pernah laporkan bahawa OnePlus 6T akan menggunakan rekaan yang seakan sama dengan model Oppo R17. Perkara itu dilihat akan menjadi kenyataan apabila imej peranti yang dipaparkan pada kotak yang tertiris menunjukkan paparan hadapan peranti mempunyai takuk kecil.


Selain itu, terdapat ikon cap jari pada bahagian skrin peranti, menandakan bahawa OnePlus 6T ini akan hadir dengan imbasan cap jari pada dalam skrin. Tambahan pula, peranti ini akan menggunakan moto Unlock The Speed berbanding The Speed You Need bagi model OnePlus 6.


Kredit : Slashleaks


Antara spesifikasi yang dikatakan turut tertiris ialah penggunaan tiga lensa pada kamera utamanya serta pengecasan Dash Charge yang lebih pantas. Dengan 50W Dash Charge, OnePlus 6T dilaporkan mampu mengecas sehingga 40% dalam masa hanya 10 minit.

OnePlus 6 dijangka akan diperkenalkan pada bulan Oktober nanti. Seperti biasa, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti ini, anda boleh ikuti laman Facebook rasmi OnePlus Malaysia.

 

Sumber