Spesifikasi NVIDIA RTX 3060 Ti Didedahkan - Hadir Dengan RAM 8GB GDDR6

Hingga kini NVIDIA masih belum mengeluarkan sebarang maklumat tentang kehadiran kad grafik RTX 3060.

Namun, seseorang telah menerbitkan satu pengesahan berkenaan RTX 3060 Ti melalui GPU-Z.

Pengesahan itu diterbitkan secara anonymous dan terbuka. Apa yang boleh dilihat, RTX 3060 Ti itu dibuat oleh HP.



Bagi anda yang tidak tahu, Ti adalah satu barisan kad grafik daripada NVIDIA yang paling berkuasa untuk sesuatu kad grafik mereka seperti GTX 1660 Ti dan GTX 1080 Ti.

Apa yang penting, spesifikasi bagi kad grafik itu disahkan. Ia akan hadir dengan base clock 1410MHz dan boost clock 1665MHz.

Ia juga dilengkapi RAM 8GB GDDR6 dan memori bus 256-bit serta dijalankan pada kelajuan 14Gbps.

Spesifikasi ini kelihatan lebih kurang dengan NVIDIA RTX 3070 dimana kad grafik tersebut akan dilancarkan pada minggu ini.

NVIDIA juga belum mengesahkan sama ada edisi Founders bagi siri RTX 3060 akan dikeluarkan tetapi jenama dari pihak ketiga sudah pasti sedang berusaha untuk keluarkan kad grafik ini.

Sumber: videocardz