Spesifikasi Nokia X71 Terdedah Menjelang Pelancaran, Hadir Dengan Tri-Kamera Utama & Snapdagon 660

Nokia X71 dijangka akan diperkenalkan secara rasmi dalam masa beberapa jam lagi. Peranti tersebut didakwa akan turut dikenali dengan nama Nokia6.2 atau Nokia 8.1 Plus di pasaran global.

Menjelang pelancarannya, beberapa imej lakaran dan spesifikasi rasmi bagi model berkenaan. Antara yang paling mencuri tumpuan ialah tetapan tri-kamera utamanya.

Tiga lensa yang akan menyokong sistem kamera utama peranti ini adalah lensa 48MP, 2MP dan 5MP.

https://twitter.com/baidunokibar/status/1112326656805396480

Tiada maklumat mengenai lensa kamera hadapan namun menurut lakaran yang didedahkan, peranti ini akan hadir dengan rekaan skrin tebuk paada skrin IPS LCD 6.4-incinya.

Selain itu, Nokia X71 ini bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 660 yang disokong oleh memori 6GB RAM.

Ia juga akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3500mAh serta bakal dijalankan dengan sistem operasi Android 9 Pie.

Walaubagaimanapun, spesifikasi sebenar peranti ini hanya akan didedahkan secara rasmi pada apabila ia dilancarkan sebentar lagi.

 

Sumber: NDTV