Spesifikasi Model Terbaru Oppo Find X Didedahkan - Bakal Hadir Dengan Snapdragon 845

Selepas lebih kurang 4 tahun siri Oppo Find yang terakhir dilancar, kini Oppo telah mengesahkan bahawa mereka bakal hadir dengan model terbaru bagi siri berkenaan, iaitu Oppo Find X. Pengumuman ini dijangka akan menarik minat pengguna kerana siri Find ini kebiasaannya akan menawarkan spesifikasi yang tinggi.

Walaupun belum ada pendedahan rasmi berkenaan spesifikasi peranti ini, sebuah imej tangkapan skrin yang mengandungi maklumat tertiris berkaitan perkara ini sudah menjadi tular di laman sosial popular China, Weibo.



Dalam kiriman tersebut, beberapa maklumat telah didedahkan berkenaan Oppo Find X ini. Antaranya ialah berkenaan penggunaan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 845 serta penggunaan ciri pengecasan pantas Oppo iaitu SuperVOOC Charging.

Selain itu, peranti ini turut dikatakan akan menyokong fungsi pengesan wajah 3D dan juga mempunyai bateri berkapasiti 4,000 mAh. Tambahan pula, menurut pengirim yang tidak diketahui berkenaan, Oppo Find X akan disokong oleh 8GB RAM serta ruang storan sehingga 256GB ROM.

Namun, perkara ini masih lagi menjadi tanda soal, dan kita perlu menunggu pengesahan daripada pihak Oppo sendiri berkenaan perkara ini. Dan kami menjangkakan Oppo akan memberi maklumbalas tidak lama lagi kerana terdapat laporan bahawa peranti ini akan diperkenalkan pada bulan ini.

Sumber