Terbaru, telah timbul satu bocoran imej yang dikatakan spesifikasi Honor Play 8 yang dikutip dari SlashLeaks. Imej tersebut diambil dari laman TENAA, sebuah badan agensi kawal selia telekom di China.
Spesifikasi Honor Play 8:
- Skrin paparan 6.088 inci dengan resolusi 1560 x 720
- Cip pemprosesan 4 teras 2.3GHz
- Kamera utama 13MP
- Kamera selfie 8MP
- Bateri 2920
- Android Pie 9
- Ukuran: 156.28 x 73.5 x 8.0mm
- Seberat 150g
Belum dapat dipastikan lagi cip apa yang bakal digunakan peranti ini. Jika diteliti sekali imbas, spesifikasinya lebih rendah sedikit berbanding Honor Play. Difahamkan juga model ini tidak mempunyai sensor pengimbas cap jari. Berkemungkinan juga ia bakal dilahirkan dalam segmen peranti mampu milik.
Untuk perkembangan lanjut mengenai peranti ini sama-sama kita nantikan informasi rasmi dari syarikat pengeluar.
Berkaitan
- Xiaomi Mi CC9 Pro Kini Rasmi Diperkenalkan, Kamera 108MP Dan Bateri 5260mAh
- Xiaomi Mi 9T Akan Dilancar Rasmi Untuk Malaysia Pada 20 Jun Ini
- vivo V21 Dengan Sokongan 5G Dilancarkan Di Malaysia
- Qualcomm Tidak Mahu Samsung Hasilkan Snapdragon 865
- Pos Malaysia Kongsikan Kelajuan Internet Sehingga 900Mbps Kendalian TNB
- NFCP Manfaatkan Pelanggan Pos Malaysia Diluar Bandar
- Fungsi Whatsapp "Status" Sudah Hadir Di Malaysia
- Xiaomi Mi 7 Antara Peranti Terawal Yang Akan Dilengkapi Dengan Snapdragon 845
- Remove China Apps Sudah Dipadam Dari Google Play Store
- Honor Malaysia Beri Bayangan Peranti Dengan 4 Kamera Akan Tiba Tidak Lama Lagi