Spesifikasi Honor Note 9 Terbongkar, Memperlihatkan Tetapan Dwi-Kamera Di Belakang

Pada bulan Ogos tahun lepas, Honor telah melancarkan Honor Note 8 dan tahun ini kami jangkakan Honor Note 9 pula akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini.



Jika dilihat daripada gambar, peranti ini  mengetengahkan paparan infiniti seakan-akan Samsung S8 tetapi kami tidak pasti sama ada ianya mempunyai ciri lengkungan di bahagian tepi.

Menurut laporan dari laman web di China, Honor Note 9 bakal dimuatkan dengan bateri dengan kapasiti 4,600 mAh, lebih 100mAh dari model sebelumnya.



 

Honor Note 9 dijangka dikuasakan dengan cip pemprosesan HiSilicon Kirin 965, peranti pertama yang akan menggunakan cip baru ini. Peranti ini dipasangkan bersama RAM sebesar 6GB dan storan 64GB.



Dari segi kamera utama, peranti ini memperlihatkan tetapan dwi-kamera dengan kedua-duanya mempunyai sensor 12-Megapiksel.

 

Sumber