Peranti juga didatangkan dengan kamera depan 16 MP, bateri berkapasiti 3,400 mAh, dan slot dual sim. Semuanya untuk harga yang agak berpatutan, $439 untuk versi 64 GB dan $479 untuk versi 128 GB.
Dengan spesifikasi tinggi yang telah dipasarkan, mungkin agak sukar untuk OnePlus menaik taraf telefon pintar terbaru mereka. Namun dalam ruangan teknologi, akan ada ruang lagi untuk ditingkatkan dan mungkin akan kita lihat untuk OnePlus 5.
"Bukan ke OnePlus 4? Kenapa OnePlus 5? Silap kira ke?"
Mungkin persoalan sama bermain apabila mendengar khabar angin untuk nama peranti terbaru OnePlus ini. OnePlus adalah sebuah syarikat dari China dan masyarakat Cina mempercayai angka 4 membawa nasib tidak baik. Bukan maklumat baru untuk masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini. Sebelum ini, Samsung juga berbuat perkara sama tapi untuk sebab yang berbeza.
Bagaimana OnePlus 5 boleh menjadi satu naik taraf dari OnePlus 3T?
Naik taraf pertama tentunya ialah cip pemprosesan. Dari Snapdragon 821 ke 835, satu cip baru dari Qualcomm yang akan menampakkan prestasi pertamanya tahun ini dengan Galaxy S8 Samsung.
Peranti OnePlus terkenal dengan kapasiti RAM yang besar memungkinkan RAM ditambah ke 8 GB. Penambahan yang disokong oleh cip Snapdragon 835 membantu gelaran telefon pintar ini sebagai 'flagship killer.'
Peminat OnePlus membayangkan paparan 'Quad HD' untuk OnePlus 3T, namun perkara itu tidak berlaku. Dengan Samsung yang telah menggunakan paparan itu dan mungkin Apple akan menggunakan paparan OLED, tidak keterlaluan untuk OnePlus meletakkan perkakasan yang sama untuk bertanding di pasaran premium ini. Dikhabarkan paparan AMOLED dengan skrin dual-melengkung.
OnePlus juga boleh menaik taraf di bahagian kamera. Mereka mungkin akan meletakkan kamera depan dengan 23 MP. Ni baru raja 'selfie.' Bateri akan dipertingkatkan dari kapasiti sekarang, 3,400 mAh dengan teknologi Dash Charge yang wujud di dalam OnePlus 3T.
OnePlus mungkin akan menambah 'port' USB Type-C untuk OnePlus 5 dengan rating IP68 menjadikan ia kalis air dan habuk.
Ramai mengjangkakan peranti ini akan diumumkan keluar ke pasaran pada Q3 atau Q4 tahun 2017.
Sumber
Berkaitan
- Garmin Forerunner 55 Dilancarkan, Jam Pintar Kecergasan Berharga RM960
- Rekaan OnePlus 5 Akan Lebih Memukau Dari Samsung Galaxy S8, Ceo OnePlus
- Ini Adalah Mengapa vivo X50 Pro Merupakan Peranti Terbaik Untuk Rakaman Video Malam
- Moto G20 Hadir Dengan Bateri 5,000 mAh Dan Paparan 90Hz
- Saintis Telah Mencipta Gel Yang 5 Kali Ganda Lebih Kuat Dari Besi
- Logitech G502 HERO, Naik Taraf Dari Lagenda G502?
- Garena Menjenamakan Semula Sebagai Sea Ltd. Setelah Meningkatkan Modal Sebanyak RM 2385 Juta
- OnePlus 6T Dilancarkan Sehari Lebih Awal Dari Acara Apple Bagi Mengelakkan Pertembungan Secara Langsung
- realme, Jenama Telefon Pintar Paling Pesat Berkembang Dalam Pasaran 5G
- Siri OnePlus Nord Boleh Didapati Pada Harga Lebih Rendah Di Jualan 7.7