Spesifikasi Telefon Pintar Sony Tertiris, Menyenaraikan Snapdragon 845 Dan Dwi Kamera

Sony dijangka akan memperkenalkan model baru bagi siri telefon pintar Xperia pada awal tahun 2018.

Hal ini dikuatkan lagi dengan dua imej spesifikasi yang dimuat naik dimana ia memperlihatkan spesifikasi peranti mudah alih keluaran syarikat Jepun itu.

Dipercayai ia adalah model pengganti kepada Xperia XZ1 yang dilancarkan pada Ogos yang lalu dan mungkin diumumkan dengan nama Xperia XZ1S atau Xperia XZ2.



Spesifikasi yang tertiris ini memaparkan nama kod Sony H8216 dan bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan terbaru berkuasa tinggi, Snapdragon 845.

Ia turut digandingkan bersama dengan RAM 4GB, ruang memori simpanan 64GB dan mempunyai sokongan memori tambahan melalui slot kad MikroSD.

Model hadir dengan skrin paparan definisi tinggi penuh berukuran 5.48 inci, tetapan dwi kamera 12 MP dibelakang dan juga kamera swafoto 15MP terletak dihadapan.

Lain-lain ciri adalah sokongan dwi kad sim, bateri berkapasiti 3130mAh dan pengecasan pantas Quick Charge serta dioperasikan dengan Android Oreo 8.1.

Sumber: GSMArena