Speedgate - Sukan Baru Yang Dicipta Oleh Kecerdasan Buatan

Bilamana menyebut tentang bagaimana sesebuah sukan atau permainan itu tercipta, anda mungkin perlu mengimbau sejarah beratus tahun dahulu. Seperti contoh sukan kriket yang mula dimainkan sejak 1611 di Weald, England dan berkembang diseluruh dunia sehingga hari ini. Sudah pasti cara bermainan dan peraturannya merupakan cetusan idea dari manusia sendiri.

Berbeza dengan Speedgate, ia merupakan hasil ciptaan kecerdasan buatan (AI) oleh AKQA. Speedgate dicipta sempena Design Week Portland, sebuah program yang meliputi reka bentuk dalam pelbagai bidang.

Difahamkan, agensi digital tersebut (AKQA) menggunakan kepakaran AI dengan memasukkan 400 sukan sedia yang membolehkan ia mencipta konsep asas serta peraturan untuk sukan. Kebanyakkan sukan yang "dicipta" tidak boleh dimainkan seperti parkour dalam air serta Frisbee yang meletup. Namun selepas pemilihan serta penelitian keatas peraturan serta konsep permaina yang dibuat AI, sebanyak 3 permainan telah diuji dan Speedgate menjadi pilihan.



Menariknya juga mengenai Speedgate, AKQA turut menggunakan AI untuk mencipta logo permainan beserta motto yang agak pelik "face the ball, to be the ball, to be above the ball".



Untuk bermain Speedgate, ia memerlukan 6 orang pemain dalam satu pasukan, terdiri daripada 3 pertahanan dan 3 penyerang. Seperti imej padang permainan dibawah, pemain dilarang untuk melintas pada kawasan bulat dibahagian tengah. Hantaran bola menggunakan dua cara tendangan (drop kick) atau balingan tangan yang tidak melebihi paras pinggang.



Speedgate mungkin dibangunkan untuk tujuan pameran sahaja tetapi tidak mustahil satu hari nanti ia mungkin menjadi sebuah sukan yang dipertandingkan diperingkat yang lebih tinggi lagi. Dikatakan juga, AKQA sudah mengadakan perbincangan dengan Badan Sukan Oregon untuk kemungkinan mengadakan liga rekreasi permainan ini pada musim panas.



Sumber: Speedgate via Tech Crunch

Berkaitan