Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spectrum Pro 24 wide

Spectrum PRO 24, Monitor Gaming Dengan Resolusi 2K Yang Murah

Diterbitkan April 19, 2021 oleh Amsyar Latif

Monitor dengan resolusi 2K (1440p) atau QHD merupakan yang paling diminati ramai. Ini kerana, ia mampu memaparkan kualti gambar cantik serta pengalaman bermain yang cemerlang.

Hari ini, Tech Armory, sebuah butik PC yang terletak di Bandar Sunway telah memperkenalkan monitor Spectrum PRO 24 iaitu mengkhususkan golongan gamer dan juga profesional.

Dari segi rekaan, skrinnya menggunakan panel IPS berukuran 23.8 inci (24 inci) beresolusi 2560×1440 (1440p) serta tampil dengan bezel yang nipis.

KV 2

Selain itu, paparannya juga menampilkan warna NTSC 72%, 100% sRGB dan kecerahan sehingga 300cd/m2. Namun, kekurangannya adalah kadar penyegarannya hanya 95Hz.

Walau bagaimanapun, ia dijual dengan harga yang sangat mampu milik iaitu berharga RM949.

Akan tetapi, anda boleh memilikinya lebih murah pada harga RM589 dan pra-tempahan boleh dibuat bermula hari ini hingga 18 Mei.

Jika anda berminat, tempahan boleh dilakukan melalui kedai rasmi Commandos PC.

Sumber: Siaran Akhbar Tech Armory 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY