SPECTRIX D80 DDR4 RGB: Modul Memori RAM Dengan Penyejukan Hybrid


SPECTRIX D80 DDR4 RGB




Jika sebelum ini semua perkakasan/komponen PC mempunyai fungsi RGB di dalamnya, modul RAM dari XPG kini membawakan penyejukan hybrid-cecair dan udara untuk SPECTRIX D80 DDR4.

XPG mengatakan yang SPECTRIX D80 DDR4 merupakan modul memori pertama di dunia menggunakan sistem penyejukan cecair dan udara yang menggabungkan sink haba cecair bersama-sama sink haba aluminium bagi memberikan kesan penyejukan yang efektif.



Tidak dilupakan adalah efek lampu RGB yang disertakan sekali dengan perisian yang boleh mengawal fungsi RGB tersebut. Ia juga boleh digunakan sekali dengan perisian-perisian lain dari pembuat papan induk yang lain.

Adakah modul RAM memerlukan penyejukan tersendiri?


Jika dilihat secara teliti, modul/kad memori RAM sebelum ini tidak memerlukan sistem penyejukan tersendiri dan adakah sistem penyejukan hybrid dari SPECTRIX D80 DDR4 ini wajar?

Linus Tech Tips menunjukkan yang fungsi ini tidak memberi kesan langsung buat pengguna biasa. Suhu yang terhasil dari SPECTRIX D80 DDR4 ini sama seperti modul RAM biasa yang lain, memberi konklusi yang mungkin ianya lebih kepada rupa keseluruhan rig yang tampak lebih 'agresif'.

https://youtu.be/UKqVC_guqHY

Apa yang pasti, penyejukan cecair diperlukan oleh komponen PC lain seperti CPU dan juga GPU kerana proses perkomputeran yang kompleks menghasilkan haba yang tinggi. Bagi komponen lain, sekadar cukup menggunakan penyejukan biasa melalui ruang pengudaran yang baik di dalam rig.