Speaker Stereo? Mungkin itu Yang Disertakan Sekali Untuk Samsung Galaxy S9

Ketika Apple Inc. menampilkan rekaan paparan skrin penuh untuk peranti iPhone X mereka, Samsung juga sudah mempunyai tema rekaan yang sama. Disebabkan itu, pengguna menantikan apa yang pihak Samsung akan cuba tampilkan untuk peranti terbaru mereka yang akan datang, Galaxy S9.



Setakat ini, tiada khabar yang mengujakan dari pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu. Mungkin peranti itu akan menggunakan pengimbas cap jari yang terbina di dalam skrin paparan tetapi ketika ini, ciri tersebut masih tidak dapat disahkan kebenarannya.

Bagaimana pula dengan speaker stereo? Mengejutkan kerana Samsung belum lagi menyertakan speaker stereo untuk peranti utama mereka. Tetapi menurut satu tweet dari Ice Universe, kemungkinan besar peranti Galaxy S9 merupakan peranti pertama dari Samsung yang menggunakan speaker stereo.

https://twitter.com/UniverseIce/status/944932308405993472

Jika ini benar, Samsung mungkin antara pengeluar telefon pintar terlambat yang berbuat demikian memandangkan Apple sendiri sudah menggunakan perkakasan ini sejak iPhone 7 mereka.

Sumber