Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SpaceX Elon Musk

SpaceX Mohon Lancar Hampir 30 Ribu Satelit Ke Orbit, Amazon Mahu Dinilai Sebaiknya

Diterbitkan Jun 28, 2022 ยท Dikemas kini Jun 28, 2022 oleh ariff bukhari

Ekoran SpaceX telah menggesa Suruhanjaya Badan Komunikasi Amerika Syarikat (FCC) supaya meluluskan permohonan mereka melancarkan hampir 30,000 satelit bagi sistem generasi ke-2 nya, Amazon telah bertindak menulis surat kepada Suruhanjaya itu untuk menilai permohonan itu dengan sebaik-baiknya.

Permintaan semakan oleh Amazon itu dibuat berikutan kebimbangan terdapat lebih daripada 4,800 satelit aktif sedang berada di orbit mengelilingi Bumi ketika ini.

Permohonan SpaceX untuk melancarkan sehingga hampir 30,000 satelit mereka itu sekaligus akan menambah lagi kepadatan ruang orbit Bumi dan meningkatkan risiko terhadap satelit-satelit yang sudah sedia ada.

Tambahan pula, satelit yang hendak dilancarkan itu akan kekal berada di orbit untuk tempoh yang sangat lama.

SpaceX merancang untuk menggunakan satelit-satelit yang akan dilancarkan itu bagi meningkatkan kelajuan dan liputan servis internet Starlink mereka di mana ketika ini sudah terdapat hampir 500,000 pengguna di seluruh dunia.

Sebelum ini, NASA sudah pun menyuarakan kebimbangan terhadap rancangan SpaceX mahu melancarkan Satelit Starlink Generasi Ke-2 mereka kepada pihak FCC dengan menyenaraikan risiko-risiko yang berpotensi di depani pada masa hadapan.

twitter nasa

 

Sumber: PCMag, scribd, Michael Sheetz on Twitter

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY