Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
crew DRAGON 1

SpaceX Diluluskan Untuk Membawa Angkasawan Crew Dragon Ke Angkasa Lepas

Diterbitkan November 13, 2020 · Dikemas kini November 13, 2020 oleh ariff bukhari

Pada minggu lalu, syarikat komersil angkasa lepas milik Elon Musk, SpaceX telah menerima berita gembira apabila Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) telah meluluskan permohonan SpaceX untuk membawa kumpulan angkasawan pertama mereka.

Para angkasawan itu akan diterbangkan ke angkasa lepas dengan menggunakan roket Falcon 9.

Kelulusan itu juga sekaligus menjadikan SpaceX Crew Dragon sebagai kapal angkasa lepas pertama yang digunakan untuk tujuan komersil.

4 orang angkasawan itu adalah Mike Hopkins (Komander kapal angkasa), Victor Glover (Pilot), Shannon Walker (pakar misi) dan Soichi Noguchi (pakar misi).

Kelulusan NASA ini amat menggembirakan Ketua Jurutera SpaceX, Elon Musk.

“Thank you to NASA for their continued support of SpaceX and partnership in achieving this goal. I could not be more proud of everyone at SpaceX and all of our suppliers who worked incredibly hard to develop, test, and fly the first commercial human spaceflight system in history to be certified by NASA. This is a great honor that inspires confidence in our endeavor to return to the Moon, travel to Mars, and ultimately help humanity become multi-planetary.”

SpaceX dijangka akan membawa 4 angkasawan pertama mereka pada hari Sabtu ini, 14 November jam 7:49 p.m dari kompleks pelancaran 39A di NASA’s Kennedy Space Center.

Para angkasawan itu dijadual akan berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) untuk tempoh 6 bulan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY