Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dragon spacex

SpaceX Akan Hantar Ganja Dan Kopi Ke Angkasa Untuk Tujuan Penyelidikan

Diterbitkan Disember 16, 2019 ยท Dikemas kini Disember 16, 2019 oleh Meor Hasyim

Kapsul Dragon milik SpaceX merupakan kapal angkasa yang ditugaskan untuk menghantar barang ulang alik dari International Space Station (ISS). Ia membawa barangan bekalan dan juga eksperimen dari Bumi ke stesen angkasa tersebut. Untuk misi membawa barangan seterusnya, ia akan menghantar pokok ganja dan kopi pula ke sana.

Pokok ganja dan kopi itu dibekalkan oleh syarikat Front Range, manakala syarikat SpaceCells USA dan BioServe pula memberi dana dan juga mengurus projek secara keseluruhan. Penghantaran tumbuhan tersebut walau bagaimanapun adalah untuk tujuan penyelidikan, iaitu untuk mengkaji kesan mikrograviti dan radiasi penerbangan angkasa pada tumbuhan jenis hemp dan juga kopi.

Jonathan Vaught, CEO Front Range berkata, “Ini merupakan antara yang pertama untuk mana-mana pihak mengkaji kesan kesan mikrograviti dan penerbangan angkasa pada struktur sel tumbuhan hemp dan juga kopi.

Beliau juga menambah terdapat teori bahawa tumbuhan akan mengalami mutasi jika berada di angkasa.

Syarikat BioServe pula akan memantau subjek kajian dari Bumi untuk melihat jika ada mutasi. Penyelidikan ini khususnya adalah untuk melihat bagaimana tumbuhan memberi tindak balas kepada alam persekitaran yang ‘baharu’.

Misi tersebut telah dijadualkan untuk misi penghantaran ke ISS pada bulan Mac tahun 2020 nanti.

Sumber: Newsweek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY