Sony Xperia XA2 Plus Diperkenalkan Dengan Slogan 'Designed To Entertain'

Telefon bimbit pada hari ini bukan sahaja digunakan untuk berhubung, tapi juga berfungsi sebagai alat hiburan kepada pemiliknya. Menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video hinggalah melayari media sosial, semuanya boleh dilakukannya di hujung jari.

Atas sebab itu, Sony mengambil keputusan untuk memperkenalkan sebuah peranti yang direka khas untuk menghiburkan penggunanya iaitu Xperia XA2 Plus. Mereka mendakwa peranti ini adalah peranti yang lengkap terutamanya untuk mereka yang gemar mendengar lagu dan menonton video.



Peranti ini mempunyai skrin paparan FHD+ bersaiz 6 inci dengan nisbah aspek 18:9 yang sesuai digunakan untuk menonton video. Bukan itu sahaja, sistem audio peranti ini juga hadir dengan teknologi audio resolusi tinggi atau Hi-Res Audio.

Dari segi spesifikasi dalaman pula, Xperia XA2 Plus ini bakal hadir dengan cip Snapdragon 630, kamera utama tunggal 23MP dan kamera hadapan 8MP. Ia juga akan dijana oleh bateri berkapasiti 3,580mAh yang menyokong fungsi pengecasan pantas Qualcomm 3.0.

Model terbaru Xperia ini akan hadir dengan dua pilihan variasi 3GB RAM + 64GB RAM atau 6GB RAM + 128GB RAM serta pilihan warna hitam, perak, hijau dan emas. Bagaimanapun, tiada harga dan tarikh pelancaran rasmi dikeluarkan oleh pihak Sony setakat ini.

Sumber