Sony Xperia L4 Dilancarkan - Paparan Nisbah 21:9, Helio P22, Dan Bateri 3850mAh

Hari ini senyap-senyap pihak Sony melancarkan model baharu untuk kelas pertengahan bajet iaitu Xperia L4. Keseluruhannya, ia peranti dengan spesifikasi yang kurang menarik ditambah lagi dengan persaingan jenama hebat seperti realme dan Xiaomi.

Pada Xperia L4, Sony masih lagi mengekalkan nisbah paparan unik dengan 21:9. Ia bersaiz 6.2 inci dengan resolusi HD+ panel jenis LCD. Cip pemprosesan dijana oleh MediaTek Helio P22 dengan grafik PowerVR GE8320.

Memori yang ditawarkan hanyalah kecil sahaja pada 3GB RAM dengan padanan 64GB storan dalaman dengan sokongan kad microSD.



Untuk kamera belakang, terdapat 3 lensa utama iaitu 13MP (f/2.0) utama + 5MP (f/2.2) sudut lebar + 2MP (f/2.4) depth. Kamera hadapan pula menggunakan 8MP (f/2.0) yang dimuatkan pada takuk kecil skrin hadapan.

Xperia L4 masih lagi menjalankan Android Pie 9 dengan kapasiti bateri bersaiz 3850mAh. Peranti juga masih mengekalkan bicu audio 3.5mm sama seperti Xperia L3. Turut terdapat adalah Bluetooth 5.0, NFC serta pengimbas cap jari pada bahagian sisi butang kuasa.

Berbanding model sebelumnya, ia menawarkan tidak menawarkan banyak peningkatan spesifikasi kerana masih mengekalkan cip pemprosesan dan juga resolusi skrin yang sama. Namun sekurang-kurangnya terdapat peningkatan dari segi bateri, storan dalaman, dan penambahan lensa kamera belakang.



Xperia L4 dijual dalam 2 pilihan warna iaitu Black dan Blue namun harga jualan dan tarikh tidak dimumkan lagi ketika ini.

Sumber: Sony