Sony Xperia 1 III Dan Xperia 5 III Rasmi, Hadir Lensa Telefoto Boleh Ubah

Sony baru sahaja merasmikan dua telefon pintar ikonik mereka yang baharu, iaitu Xperia 1 III dan Xperia 5 III. Seperti biasa, kamera dalam barisan peranti Sony sememangnya berkuasa.

Apa yang menariknya, kedua-dua peranti menampilkan lensa telefoto (periskop) yang boleh ubah panjangnya dimana 70mm atau 105mm, sama dengan zum optikal 2.9x dan 4.4x. Selain itu, lensa 12MP yang menggunakan sensor 1/2.9inci dari Sony itu juga berkeupayaan untuk zum digital sehingga 300mm.

Kapsyen: Xperia 1 III


Beralih kepada kamera utama, ia dilengkapi 12MP (1/1.7 inci) dengan OIS dan digandingkan lensa ultra lebar 12MP (1/2.6 inci) dengan aperture f/2.2 serta autofocus.

Tambahan lagi, bagi memberikan kamera ini lebih cemerlang, Sony masih mengekalkan teknologi lensa Zeiss. Manakala bahagian hadapan, menggunakan lensa sama 8MP. Perbezaan terletak pada kamera 3D TOF yang hanya ada di Xperia 1 III.

Kapsyen: Xperia 5 III


Dari segi paparan, Xperia 1 III dilengkapi skrin 6.5 inci 4K OLED dengan kadar penyegaran 120Hz. Manakala Xperia 5 III pula 6.1 inci FHD OLED 120Hz. Kedua-duanya menyokong kandungan HDR dengan nisbah skrin 21:9.

Di dalam peranti, masing-masing dikuasakan Snapdragon 888. Akan tetapi, Xperia 1 III mempunyai 12GB RAM serta storan 256GB atau 512GB. Manakala, Xperia 5 III hanya 8GB RAM dan storan 128GB atau 256GB.

Bateri dimuatkan sebesar 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W sementara Xperia 1 III sahaja tampil dengan pengecasan wayarles.



Antara ciri lain, pembesar suara stereo, mikrofon yang baik dan mampu merakam permainan mudah alih pada resolusi 1080p 120fps. Xperia 1 III turut menerima penarafan IP65 sementara Xperia 5 III pula IP68.

Sekiranya anda berminat, Sony Malaysia mengesahkan ketersediaan bagi kedua-dua peranti ini. Xperia 1 III akan hadir di pasaran tempatan pada Julai dan Xperia 5 III adalah pada September. Buat masa sekarang, sama-sama kita nantikan tarikh rasmi pelancarannya di Malaysia.

Sumber: Sony Malaysia