Sony Umum Teknologi 2x2 On-Chip Lens (OCL) Untuk Sensor Kamera Fokus Lebih Pantas

Sony telah umum teknologi 2x2 On-Chip Lens (OCL) yang ditujukan untuk sensor Quad Bayer yang popular digunakan dalam kebanyakan peranti pada masa ini. Dengan inovasi ini, satu lensa fokus dapat berkongsi antara 4 pixel berdekatan dalam satu sensor berbanding dengan kaedah tradisional sebelum ini.

Sony unveils 2x2 on-chip lens tech for Quad Bayer sensors, which promises better AF performance

Antara kelebihan utama teknologi ini adalah peningkatan autofokus, terutamanya pada waktu gelap. Dengan 2x2 OCL, kesemua pixel boleh digunak untuk sistem autofokus berbanding teknologi sebelum ini.

Sony unveils 2x2 on-chip lens tech for Quad Bayer sensors, which promises better AF performance

Sony juga menyertakan demo 2x2 OCL ini untuk menunjukkan kepantasan fokusnya.



Setakat ini tiada maklumat tambahan mengenai bila teknologi ini akan dimuatkan dalam peranti pintar ataupun sensor mana yang akan menggunakan teknologi ini.

Sumber: Sony 

 

Berkaitan