Sony Umum PlayStation 4 Pro Red Dead Redemption 2 Bundle

Pemainan popular dari Rockstar Games, Red Dead Redemption 2 akan diperkenalkan pada 26 Oktober kelak. Sehubungan dengan itu, Sony telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan PS4 Red Dead Redemption 2 Bundle.

Kredit : Sony


Namun, buat masa ini ia hanya diumumkan bagi pasaran Eropah dan Amerika Utara sahaja. Tambahan pula, rekaan PS4 Pro yang dijual bersama bundle ini hanyalah edisi biasa sahaja dan bukannya edisi khas seperti yang dimiliki oleh Spider-Man atau Kingdom Hearts sebelum ini.

Perkara itu mungkin agak mengecewakan terutama sekali bagi mereka yang merupakan peminat siri permainan Red Dead Redemption ini. Selepas lebih 8 tahun menunggu, mereka pastinya mengharap lebih daripada sekadar "bundle".

https://www.youtube.com/watch?v=gmA6MrX81z4

Selain Red Dead Redemption, Rockstar juga merupakan pembangun bagi satu lagi siri popular, Grand Theft Auto. Selain PlayStation4, permainan ini turut akan hadir pada platform Xbox One. Setakat ini, tiada sebarang maklumat mengenai kehadiran permainan ini ke PC.

 

Sumber