Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Umum Paparan LED Kristal Khusus Buat Golongan Profesional

Sony Umum Paparan LED Kristal Khusus Buat Golongan Profesional

Diterbitkan Januari 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Sony Electronic yang terkenal sejak dulu lagi dalam pengeluaran teknologi paparan untuk golongan profesional baru-baru ini telah mengumumkan paparan modular baharunya iaitu LED Kristal.

Paparan ini dibahagikan kepada dua jenis sistem, siri-C dan siri–B di mana siri C memfokuskan kontras yang tinggi. Sementara siri B untuk kecerahan.

Sony Umum Paparan LED Kristal Khusus Buat Golongan Profesional

Selain itu, Sony turut menyatakan bahawa siri-B ini telah dibangunkan dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment yang mana ia memfokuskan buat golongan produksi.

sony x1

Apa yang menarik dengan teknologi ini, kedua-duanya dimuatkan dengan pemproses Sony X1 iaitu ia mampu memaparkan gambar HDR, kadar bingkai sehingga 120 fps, stereoskopik 3D, reality creation, motionflow dan 22bit Super Bit Mapping.

sony production

Kedua-dua siri ini juga tidak mempunyai kipas bagi memastikan operasi lebih senyap dan dilengkapi dengan bekalan kuasa AC 100-240V untuk kemudahan yang lebih baik.

Paparan ini dijangka akan tersedia pada pertengahan tahun ini dan Sony masih belum mengumumkan harganya. Tambahan lagi, seperti yang dinyatakan, teknologi paparan ini adalah untuk kegunaan profesional seperti acara-acara besar atau filem mahupun iklan dan bukan untuk pengguna di rumah.

Sumber: Sony

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY