Sony Telah Memfailkan Hak Tanda Dagang Bagi 5 Generasi PlayStation Akan Datang

Sony dilaporkan telah memfailkan hak tanda dagang bagi 5 generasi konsol PlayStation. Sekaligus menjaminkan Sony sebagai satu-satunya pemegang eksklusif yang berhak menggunakan nama PS6, PS7, PS8, PS9 dan PS10.

Pemfailan tersebut dilaporkan telah difailkan oleh Sony pada awal bulan ini.

Langkah Sony ini bukanlah satu kebiasaan. Ini kerana Sony tidak pernah pun melakukannya sebelum ini. Sebagai contoh, hak tanda dagang bagi PS2 dan PS3 difailkan Sony pada setahun awal sebelum konsol itu dilancarkan.

Manakala hak tanda dagang bagi PS4 dan PS5 pula difailkan dalam tahun 2006 dahulu.

Walaupun Sony lebih awal memfailkan hak tanda dagang untuk 5 generasi konsol mereka, tetapi ia tidak semestinya Sony merancang akan melancarkan model-model PlayStation tersebut pada masa hadapan.

Sebelum ini telah dilaporkan Sony berdepan isu hak tanda dagang PS5 di India.

Sumber: IGN