Sony Tawar Fon Telinga WF-1000XM3 Dengan Setiap Pembelian Xperia 1 II Melalui Shopee

Sony baru-baru ini telah melancarkan peranti terbaharu mereka iaitu Sony Xperia 1 II pada harga RM 4,999 untuk pasaran tempatan.

Terkini, mereka menawarkan tawaran pakej bagi peranti ini dengan fon telinga TWS WF-1000XM3 dengan harga yang sama.

Fon telinga ini bernilai RM 949 dan anda boleh memilikinya secara percuma melalui pembelian peranti Xperia 1 II melalui Shopee.



 

Mengimbas kembali, Mark II dikuasakan cip Snapdragon 865, RAM 8GB dan storan 256GB. Turut hadir dengan skrin 4K HDR OLED bersaiz 6.5 inci serta nisbah skrin 21:9.

Jika anda berminat, anda boleh buat pembelian peranti ini melalui kedai rasmi Sony Malaysia di Shopee.