Sony Tamatkan Servis Muzik TrackID September Ini

Servis layanan muzik TrackID sangat sinonim dengan telefon pintar keluaran Sony terutama sekali bagi siri Xperia dimana ia terpasang secara default.

Walaupunbegitu, model Xperia XZs dan juga Xperia XZ Premium tidak hadir dengan aplikasi muzik berkenaan dan menjadi tanda tanya sesetengah pihak.

Nampaknya, persoalan itu sudah terjawab apabila Sony membuat pengumuman penamatan servis muzik TrackID bermula pada 15 September 2017.

Tiada alasan yang diberikan atas penutupan itu kecuali sebaris ayat yang berbunyi
"Semua bisnes maju kehadapan, dan kadang-kala ia tidak bermaksud aplikasi itu akan disambung"


Bagi anda yang tidak tahu tentang servis ini, TrackID adalah sebuah aplikasi yang memudahkan pengguna telefon Android untuk

  • Mencari serta mengenal pasti tajuk lagu dan artis

  • Menyediakan platform untuk mendengar lagu

  • Menonton video

  • Melihat biografi artis


Pihak TrackID turut menyarankan pengguna supaya memuat turun aplikasi lain bagi menggantikan servis muzik itu.

Antara yang boleh anda muat turun adalah:

  • Shazam

  • SoundHound


Sumber: Android Police

 

Berkaitan