Sony RX0, Pencabar GoPro?

GoPro sudah semestinya terkenal dengan kamera aksi mereka yang mendominasi pasaran antarabangsa untuk jangka masa yang lama sebelum pembuat kamera dari China mula memberi pilihan yang lebih murah.

Nampaknya Sony tidak mahu ketinggalan untuk bersaing dalam pasaran kamera aksi dengan kamera terbaru mereka, RX0.



Dengan saiz yang semestinya kecil, sesuatu yang perlu untuk kategori kamera aksi, RX0 memuatkan sensor kamera CMOS 1 inch yang mampu menangkap gambar pada 15.3 megapiksel dan 4k untuk video dengan lensa Zeiss 24mm f/2.4. Ini menjadikan saiz sensor yang lebih besar dari apa yang GoPro hasilkan setakat ini.

Hasilnya gambar boleh ditangkap pada resolusi yang lebih tinggi dengan hasil yang lebih baik dalam kondisi kurang cahaya.

Dengan berat sekitar 110g dan ukuran dimensi 59 x 40 x 30mm, membuatkan kamera GoPro lebih besar dan sedikit berat berbanding Sony RX0. RX0 juga tidak mempunyai lensa yang sedikit terkeluar dan boleh diletakkan di dalam ruang yang sangat kecil.



Berikut merupakan spesifikasi untuk Sony RX0:

  • Kamera: 15-megapixel, f/4.0

  • Skrin: 1.5in 4:3 TFT LCD

  • Ruang simpanan: microSD

  • Jangka hayat bateri: 60 minutes (video, continuous shooting)

  • Saiz dan berat: 59 x 40 x 30mm (110g)


Semuanya nampak menarik bukan? Sudah semestinya harga yang perlu dibayar adalah lebih tinggi. Harga cadangan Sony RX0 ini menghampiri RM 3,800. Melainkan anda memang memerlukannya, kami rasa harga jualannya agak mahal jika untuk pengguna biasa.

Sumber