Sony PlayStation 4 Pro: Lulus Ujian Pensijilan Dari SIRIM

Walaupun sudah menyatakan tentang harga jualan PlayStation 4 Pro, tetapi Sony masih belum memastikan lagi tentang tarikh rasmi keluaran permainan konsol itu untuk pasaran dalam negara. Hal ini mungkin disebabkan beberapa faktor termasuklah proses pensijilan yang mana menurut sumber, Lowyat.net, peranti tersebut dilihat tersenarai di dalam pengkalan data SIRIM.

Kapsyen: Sumber: Lowyat.net


Menggunakan nama kod CUH-7006B, konsol ini telah disenaraikan dibawah syarikat Sony Malaysia pada penghujung Oktober yang lalu. Berdasarkan carian internet yang dibuat, mendapati nama kod yang sama digunakan pada model PS4 Pro yang dijual di kedai atas talian Sony Hong Kong. Tambahan lagi, Sony dari awal lagi  merujuk PS4 Pro sebagai siri CUH-7000.

Secara umumnya, PS4 Pro bukan bermaksud model yang akan menggantikan Playstation 4 yang ada sekarang ini, tetapi ia lebih kepada memberi pilihan kepada pemain konsol untuk menikmati paparan resolusi 4K. Disamping menyokong kandungan HDR, grafik tambahan dari Unit Pemproses Grafik (GPU) AMD Radeon yang memberikan 4.20 TFLOPS  kuasa pengkomputeran-lebih 2.36 TFLOPS berbanding PS4 standard.

PlayStation 4 Pro hadir dengan ruang storan 1TB, dan berharga RM1,799 untuk pasaran Malaysia. Dibawah merupakan spesifikasi ringkas PlayStation 4 Pro.

Pemproses utama: pemproses cip-tunggal, CPU (x86-64 AMD 'Jaguar', 8 Teras), GPU (4.20 TLFOPS, enjin grafik berdasarkan AMD Radeon)

Memori: GDDR5 8GB

Saiz Storan: 1TB

Saiz konsol: W295 x H55 x L327

Berat: 3.3kg

BD/DD drive: BD x 6 CAV, DVD x 8 CAV

Input/Output: 3 x Port Super-Speed USB (USB 3.1 Gen.1), 1 x port AUX

Sambungan: 1 x Ethernet (10BASE -T, 100BASE-TX, 100BASE-T), IEEE 802.11 a/b/n/ac, Bluetooth4.0 (LE)

Bekalan Kuasa: AC 100V, 50/60Hz

Penggunaan Kuasa: Maksimum 310W

Suhu Operasi: 5'C-35'c

Output AV: Port HDMI (sokongan 4K/HDR), port DIGITAL OUT (OPTICAL)