Sony Perkenalkan Monitor 'Gaming' Pertama Mereka

Sony telah memperkenalkan barisan produk baharu, Inzone daripada mereka yang terdiri daripada monitor dan fon kepala 'gaming'. Dalam siri Inzone ini, Sony memperkenalkan 2 monitor, iaitu Inzone M9 dan M3.

https://www.youtube.com/watch?v=kmx2vLE0Uo0

Kedua-dua monitor tersebut mempunyai panel skrin IPS LCD yang berukuran 27 inci.

Monitor "Gaming" Sony Inzone M9


Sony Inzone M9 menawarkan skrin beresolusi 4K dengan kadar segar semula 144Hz (120Hz pada HDMI). Selain itu, Sony meningkatkan kontras dinamik dengan menggunakan "Full Array Local Dimming".



 

Di samping itu, monitor ini mempunyai kecerahan maksimum hingga 600 nits, penarafan VESA DisplayHDR 600 dan juga format warna 95% DCI-P3.

Monitor "Gaming" Sony Inzone M3


Manakala Sony Inzone M3 hanya mempunyai resolusi yang standard 1080p. Oleh sebab itu, Sony dapat menaikkan sokongan kadar segar semulanya hingga 240Hz walaupun anda menggunakan sambungan HDMI.



Selain itu, Inzone M3 mempunyai kecerahan maksimum 400 nits (DisplayHDR 400) dan 99% sRGB. Kedua-dua monitor ini mampu menawarkan warna yang tepat memandangkan ia sudah calibrated.

"Gaming Headphones" Sony Inzone H9, H7 Dan H3


Selain monitor, Sony juga melancarkan 3 fon kepala gaming baharu daripada mereka, iaitu Sony Inzone H9, H7 dan H3. Fon kepala dalam siri Inzone ini menawarkan kualiti dan ciri yang mampu meningkatkan prestasi 'gaming' pengguna.

Sony introduces two Inzone gaming monitors (4K 144Hz and FHD 240Hz),  three headphones too

Pada asasnya, ketiga-tiga model tersebut berkongsi rekaan luar yang hampir sama. Terdiri daripada warna putih dan hitam. Tetapi yang membezakan adalah kemampuan dan ciri padanya mengikut kesesuaian bajet anda.

Sony introduces two Inzone gaming monitors (4K 144Hz and FHD 240Hz),  three headphones too

Antara ketiga-tiga model tersebut, hanya Inzone H3 sahaja model headset yang berwayar. Manakala Inzone H9 dan H7 mempunyai ciri sambungan 2.4GHz tanpa wayar melalui dongle USB yang disertakan bersama. Jika anda ingin menggunakan pada telefon pintar pula, ada juga sambungan Bluetooth.

Di samping itu, Sony Inzone H9 sahaja yang menyokong ANC (active noise cancellation) dan mampu bertahan sehingga 32 jam penggunaan tanpa ANC.

Walaupun Inzone H7 tidak mempunyai ciri ANC, prestasi baterinya mampu bertahan lebih lama daripada H9 hingga 40 jam masa penggunaan.



Kesemua headphones Sony Inzone sudah memasuki pasaran Malaysia. Namun, hanya model H3 (RM439) dan H7 (RM1099) sahaja boleh dibeli buat masa sekarang.

Bagi monitor pula, hanya Sony Inzone M9 sahaja yang tersedia untuk pratempah di pasaran global pada harga USD900 (~RM3960). Sementara itu, Sony Inzone M3 akan dilancarkan pada hujung tahun ini dengan harga USD530 (~RM2333).

Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman akan kemasukan monitor ini ke pasaran tempatan daripada Sony.

Sumber: Sony