Sony Perkenal Xperia XZ2 Dan Xperia XZ2 Compact

Menjadi bualan hangat sebelum ini, Sony akhirnya melancarkan dua model "adik-abang", Xperia XZ2 dan Xperia XZ2 Compact.

Bakal berkongsi cip pemprosesan yang sama, Snapdragon 845, berikut merupakan spesifikasi ringkas kedua-dua model.

Xperia XZ 2



  • Skrin 5.7 inci resolusi Full HD+ HDR dengan nisbah 18:9

  • RAM 4GB

  • Storan UFS 64GB dengan sokongan 4000GB kad MikroSDXC

  • Bateri 3180mAh

  • Kamera 19MP

  • Android Oreo 8.0

  • Tiada bicu audio 3.5mm tetapi akan dipasarkan dengan adapter.


Xperia XZ 2 Compact



  • Skrin 5 inci resolusi Full HD+ HDR dengan nisbah 18:9

  • RAM 4GB

  • Storan UFS 64GB dengan sokongan 4000GB kad MikroSDXC

  • Bateri 2870mAh

  • Kamera 19MP

  • Android Oreo 8.0

  • Tiada bicu audio 3.5mm tetapi akan dipasarkan dengan adapter


Boleh dilihat spesifikasi bawaan mirip antara satu sama lain kecuali berbeza dari segi saiz, dan juga kuasa bateri.

Model-model ini diramal mula dipasarkan pada bulan hadapan tetapi tiada lagi maklumat terperinci mengenainya.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=4&v=oip_pMW9YvA

Sumber: Lowyat.net