Sony Nak Buat Game Playstation Untuk Telefon Pintar

 

Dalam tempoh beberapa tahun ini, jumlah permainan mudah alih semakin meningkat dan popular dengan pelbagai jenis permainan diperkenalkan setiap tahun.

Syarikat terkenal Jepun, Sony, sedang merancang usaha untuk mengembangkan permainan mudah alih pada telefon pintar dengan strategi baharu di bawah nama PlayStation.



Ini bukanlah usaha pertama Sony dalam permainan mudah alih. Antara yang popular suatu ketika dahulu adalah PlayStation Portable (PSP), PlayStation Vita dan telefon pintar Sony Ericsson Xperia Play.

Menurut iklan pekerjaan baharu di Los Angeles, jawatan 'Head of Mobile' itu akan memantau perkembangan strategi permainan mudah alih untuk PlayStation Studios. Disamping itu, Sony ingin tumpu pada keserasian francais teratasnya untuk permainan dalam telefon pintar.

Ini tentu akan membangkitkan minat peminat konsol PlayStation untuk bermain permainan francais kegemaran mereka di telefon mudah alih.

Namun, matlamat sebenar Sony untuk serasikan permainan mereka kepada telefon mudah alih masih belum jelas. Ini kerana sesetengah francais permainannya memerlukan kemaskini untuk disesuaikan kepada telefon mudah alih.

Sumber: notebookcheck