Sony Mula Dedahkan Spesifikasi PS5, Bakal Hadir Dengan Beberapa Ciri Menarik

Setelah sekian lama, akhirnya Sony mula mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai konsol permainan PlayStation 5-nya.

Menurut Mark Cerny, ketua arkitek perisian bagi PS4, generasi kelima PlayStation itu akan hadir dengan perkakasan baru secara keseluruhannya.

Antara yang didedahkan beliau ialah penggunaan CPU lapan-teras AMD Ryzen 7nm Zen 2 serta akan menyokong teknologi ray-tracing, yang pertama pada sebuah konsol permainan.

https://youtu.be/GkliKYtR2sw
Kredit: Flamin Pixel

Selain itu, konsol berkenaan akan turut menyokong kualiti grafik 8K serta boleh dimainkan secara backward compatibility bagi memainkan permainan PS4.

Malah, Sony turut membekalkan PS5 dengan sokongan SSD berbanding cakera keras yang ada pada PS4 sebelum ini.

Mereka juga mengesahkan bahawa pemain masih lagi boleh membeli permainan fizikal dan bukannya muat turun secara digital sepenuhnya.

Akan tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada ia masih lagi dalam bentuk cakera Blu-ray ataupun dalam bentuk yang berbeza.

Walaubagaimanapun, Cerny tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran PS5 ini dan hanya memberitahu yang ianya tidak akan hadir pada tahun 2019.

 

Sumber: Wired