Sony akhirnya mengesahkan nama akhir untuk konsol seterusnya, PlayStation 5 dan akan hadir pada tahun hadapan. Mengenai teknologi terkini, PS5 akan dilengkapi dengan tindak balas haptik baharu seumpama 3D Touch pada model iPhone yang terdahulu.
Selain itu, alat kawalan PS5 juga menerima kemaskini dengan dilengkapi teknologi 'adaptive trigger' ke dalam butang L2/R2. Bersama-sama dengan tindak balas haptik, kedua-dua penambahan teknologi ini membolehkan pengguna merasakan pengalaman bermain yang lebih mengasyikkan.
Alat kawalan PS5 juga akan menyokong USB-C, bateri yang lebih besar dan pembesar suara yang dikemaskini.
Mengenai perkakas, ia akan dimuatkan dengan teknologi ray tracing dan juga SSD. Sony juga mengatakan bahawa permainan yang dipasang akan mengambil ruang memori yang sedikit disebabkan penambahbaikan kelajuan SSD dalam membaca data berbanding konsol sebelumnya.
Kesemua permainan diwajibkan untuk dipasang ke dalam SSD untuk dimainkan walaupun PS5 ada juga menyokong ruang untuk cakera Blu-ray.
Antara lain adalah Sony mengalu-alukan pecahan pemasangan permainan kepada pembangun, di mana anda boleh hanya memasang komponen multi-pemain ataupun hanya memasang komponen kempen seorang pemain sahaja.
Sebelum ini, PS5 disahkan akan mempunyai 8 teras CPU, GPU kustom berasaskan AMD Radeon Navi, "3D Audio", sokongan permainan 8K, sokongan 4K pada 120hz, penggunaan kuasa yang lebih rendah, sokongan permainan PS4 dan juga penambahan SSD yang sangat laju.
Sumber: PlayStation Blog, The Verge, Wired
Berkaitan
- Siri Redmi Note 9 Dilancarkan - Kesemua Gunakan Cip Snapdragon 720G Dan Bateri 5020mAh
- Pengagihan Spektrum 5G Kepada Telco Di Malaysia Kini Ditarik Semula
- Samsung Exynos 2100 Untuk Cip Galaxy S21 Diumumkan - 8 Teras Sehingga 2.9GHz Dari Binaan 5nm EUV
- HP Spectre x360 15 Dikemaskini Dengan Bezel Lebih Nipis Dan Cip Intel Gen Ke-10
- Codec VVC H.266 Telah Tiba Membawakan Saiz Fail 50% Lebih Kecil Berbanding HEVC H.265
- Realme X50 Pro 5G Disahkan Akan Guna Skrin 90Hz Super AMOLED
- iOS 12.4.6 Dilepaskan Untuk iPhone 5s, 6 Dan Model iPad Lama
- Kamera vivo Y76 5G Dengan 50MP, Cantik Tetapi Bersyarat
- Huawei Umum Cip Kirin 820 5G - Pengganti Kirin 810 Dengan Prestasi GPU 38% Lebih Berkuasa
- Xiaomi Umum MIUI 12.5 - Ini Senarai Fungsi Dan Ciri Terbaharu