Sony Mengacah Kehadiran Xperia Mark III

Kami telah melaporkan bahawa Sony bakal melancarkan telefon baharu Xperia melalui acara yang akan diadakan pada minggu hadapan, 14 April 2021.

Terbaru, menjelang pelancarannya, Sony telah mengacah kehadiran telefon tersebut menerusi video acah yang dimuat naik.

Berdasarkan video tersebut, belum pasti telefon apakah yang bakal diperkenalkan tetapi mungkin Xperia 1 Mark III seperti yang dilaporkan sebelum ini.

https://www.youtube.com/watch?v=aw3FnkIFia8

Selain itu, mereka juga mempromosikan yang mana ia menjadi telefon serba boleh dari kemampuan kamera, audio mahupun bermain permainan mudah alih.

Dari segi spesifikasi, ura-ura mengatakan ia tampil 3 lensa di belakang dan mungkin lensa periskop juga dimuatkan.



Tambahan lagi, Sony dijangka turut akan mengumumkan perkakas profesional yang lain semasa acara tersebut seperti fon kepala dan kamera.

Walau apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pelancaran dan penawaran baharu daripada Sony kepada pengguna.

Sumber: Sony