Sony Memperkenalkan Sensor Imej Terbaru Dengan Ciri CMOS 3-Lapisan

Sony yang kita sedia maklum terkenal dengan teknologi imej sensor yang hebat kini tampil lagi dengan memperkenalkan sensor imej CMOS bercirikan 3-Lapisan. Dengan fungsi ini, Sony menambah RAM ke dalam sensor imej untuk memberikan sokongan rakaman yang lebih pantas.

Sensor ini akan merakam 2 strim, satu pada kadar 1000fps dan satu lagi pada kelajuan biasa. Kedua-dua strim ini akan disimpan ke dalam cip-RAM untuk proses seterusnya. Ini membenarkan kamera tersebut mengintegrasikan gerak perlahan kepada video pada kelajuan biasa dengan lancar.

Sensor dari Sony ini juga mampu mengesan pergerakan secara mengejut dengan meningkatkan kadar frame yang tinggi secara automatik.

gsmarena_002 (1)

Sensor terbaru dari Sony ini mempunyai resolusi setinggi 5,520 x 3,840p(21.2-Megapixel secara keseluruhannya) dengan sokongan 4K pada 60fps serta 1080p pada 240fps dan juga gerakan perlahan (slow-motion) pada 1000fps.

Video dibawah adalah contoh demo gerakan perlahan 64x dari 960fps ke 15fps diambil menggunakan sensor imej 3 lapis dari Sony. Cip-RAM di dalamnya juga mampu memperbaiki imej yang tidak bergerak. Gambar beresolusi penuh akan disimpan ke dalam RAM hanya pada 1/120 saat.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=dFdU-JjypWs[/embed]
Sumber: GSM Arena