Sony Membangunkan Katrij Permainan Terbaru; Konsol Genggam Terbaru Dari Mereka?

Sony Entertainment terkenal dengan konsol PlayStation mereka yang sudah menemui pengguna dalam 4 generasi dikeluarkan oleh gergasi Jepun tersebut. Untuk konsol genggam pula, Sony menemui hasil yang boleh bercampur memandangkan konsol genggam terakhir mereka, PlayStation Vita tidak terjual seperti yang mereka harapkan.

Berbanding Nintendo, mereka berjaya menghasilkan konsol genggam Switch yang dianggap sebagai antara produk mereka yang berjaya dalam sejarah syarikat.

PlayStation bagaimanapun tidak berhasrat untuk meneruskan projek Vita mereka tetapi tidak berputus asa dalam pasaran konsol genggam. Mengikut Techtastic, satu paten oleh Sony di Korea Selatan membayangkan katrij terbaru dari mereka telah didaftarkan. Selain itu, tiada maklumat tambahan yang diberikan selain bentuk rekaan katrij tersebut.









Tidak dapat dipastikan samada Sony akan menghasilkan produk dari paten mereka kerana tidak semestinya setiap paten akan mendapat lampu hijau dari ahli lembaga pengarah dalam menghasilkan sesuatu produk untuk syarikat mereka.