Sony Malaysia Buka Pra-Tempahan Kedua Untuk PlayStation 5 Pada 8 Januari

Berita baik Sony Malaysia baru sahaja mengumumkan pra-tempahan kedua untuk PlayStation 5 pada 8 Januari 2021.



Pra-tempahan ini adalah secara fizikal dan anda harus berkunjung ke 2 kedai Sony di:

  • Sony Store KLCC: 10:00 AM -10:00 PM

  • Sony Store The Curve: 10:00 AM - 10:00 PM


Namun begitu, Sony Malaysia masih mengingatkan bahawa kuantiti pra-tempah adalah terhad dan setiap aksesori juga terhad untuk setiap konsol yang dipra-tempah.

Untuk harga pra-tempah, ia ditawarkan pada RM1,869 untuk Digital Edition manakala edisi cakera pula berharga RM2,299.

Sumber: Sony Malaysia